Kuala Lumpur, 11 Januari 2024 – Telah berlangsung Majlis Townhall Rural Capital Berhad (RCB) yang bertempat di Ideas Hotel, Kuala Lumpur hari ini.
Majlis Townhall ini diadakan adalah untuk memangkin kesepakatan, kesepaduan dan juga semangat semua kakitangan dalam membangunkan amanat syarikat yang disampaikan oleh Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB untuk memacu perjalanan syarikat pada tahun 2024. Selain itu, turut diadakan majlis penyampaian anugerah All Star kepada kakitangan cemerlang dalam bahagian kutipan bagi tahun 2023 dan juga sesi penyerahan watikah sasaran kepada bahagian perniagaan.
Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Encik Noor Hariri bin Mohammed Noor, Pengerusi RCB, YBhg. Dato’ Julainie bin Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, Ahli Pengurusan RCB, Ketua-ketua Cawangan Negeri RCB, dan semua kakitangan RCB di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *