Serahan disempurnakan oleh Tuan Haji Yahaya Sani, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, disaksikan Encik Abdul Rahman Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Interim RCB.
Manfaat ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan waris, selaras dengan tujuan Skim Perlindungan Takaful Keluarga Berkelompok (Mutiara Plus) dalam menyediakan perlindungan kepada peserta dan keluarga yang layak.
RCB komited untuk terus memperkukuh penyediaan perlindungan kewangan demi kesejahteraan warga kerja dalam ekosistem MARA dan keluarga mereka.
