PELANCARAN KEMPEN RURAL CAPITAL BERHAD (RCB) GO CASHLESS PERINGKAT NEGERI PERLIS YANG DISEMPURNAKAN OLEH DYMM PEMANGKU RAJA PERLIS

KANGAR, 20 Ogos 2023 – Julung kalinya, Rural Capital Berhad (RCB) melancarkan Kempen RCB Go Cashless Peringkat Negeri Perlis yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Sesi pelancaran tersebut telah dilaksanakan ketika Program Kayuhan Semarak Gemilang MARA 66 yang dianjurkan oleh Pejabat MARA Negeri Perlis pada 20 Ogos 2023. Sesi pelancaran tersebut diadakan di kedai FKMC Maju Enterprise yang merupakan usahawan asnaf yang menerima bantuan pembiayaan perniagaan untuk mengusahakan perniagaan beliau yang mendukung industri permotoran. Usahawan tersebut juga telah berdaftar sebagai pengguna terminal Electronic Data Capture (EDC) dengan RCB.
Turut serta di dalam sesi pelancaran kempen ini adalah YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawan) Majlis Amanah Rakyat (MARA), YBrs. Encik Mohd Azam Bin Jamaluddin, Pengarah MARA Negeri Perlis, YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad dan YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *