Kuala Lumpur, 15 Januari 2023 – Rentetan pengisian dalam program Townhall Rural Capital Berhad (RCB) 2024 yang telah diadakan pada 11 Januari 2024 yang lalu adalah menjurus kepada pencapaian syarikat 2023 serta hala tuju syarikat bagi tahun 2024.
Tahun 2023 merupakan ulang tahun RCB yang ke-10 dan juga tahun yang cemerlang buat RCB kerana pencapaian RCB dalam meningkatkan pendapatan syarikat sebanyak 29% berbanding tahun 2022 melalui produk pengurusan kredit dan pemulihan, penyelesaian pendigitan, Skim Pembiayaan Ekonomi Desa dan sokongan takaful.
Perkara ini juga telah membuktikan bahawa betapa kuatnya semangat kerja berpasukan antara kakitangan dalam mencapai matlamat syarikat seiring tahun demi tahun. Sebanyak 64 program Corporate Social Responsibility (CSR) telah dilaksanakan dengan sebaiknya oleh syarikat dalam menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat yang memerlukan.
YBhg. Encik Noor Hariri Mohammed Noor, Pengerusi RCB telah menekankan supaya semua kakitangan menerapkan budaya 3iP yang telah menjadi corak haluan baharu Majlis Amanah Rakyat (MARA). Budaya ini didefinisikan melalui Integriti, Ihsan, Inovatif dan juga Professionalism.
Melalui amanat yang disampaikan oleh Tuan Haji Hiruddin bin Hashim selaku Ketua Pegawai Eksekutif RCB, sasaran syarikat telah ditetapkan bagi setiap kakitangan khususnya bagi aktiviti perniagaan dalam meningkatkan ekonomi syarikat untuk tahun 2024. Matlamat Environmental, Social & Governance (ESG) juga termasuk dalam pembangunan syarikat bagi menyokong dan implementasi semangat ‘Go Green’ dalam setiap kakitangan dan program yang dilaksanakan.
Selain itu, RCB juga merancang untuk meluaskan perniagaan syarikat dengan melancarkan produk-produk terbaharu. Antaranya ialah RCB Gold, pelaksanaan skim pembiayaan kontrak kepada usahawan GIATMARA di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (SKOPP), pelaksanaan pendigitalan kepada usahawan dan sebagainya.
Semoga dengan perancangan dan penerangan yang jelas mengenai halatuju RCB ini dapat memangkin semangat kakitangan dalam bersama-sama memacu syarikat mencipta kegemilangan seterusnya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *