MAJLIS PENYERAHAN MOCK-UP CHEQUE SUMBANGAN RURAL CAPITAL BERHAD (RCB) KEPADA YAYASAN PELAJARAN MARA (YPM) BAGI PROGRAM-PROGRAM PENDIDIKAN RCB-YPM UNTUK SEPANJANG 2024

Kuala Lumpur, 4 Januari 2024 – Telah berlangsung Majlis Penyerahan Mock-Up Cheque Rural Capital Berhad (RCB) kepada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di Pejabat Yayasan Pelajaran MARA, Menara MARA hari ini.
Lembaga Pengarah RCB telah bersetuju meluluskan dana sumbangan sebanyak RM 170,000.00 kepada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) bagi tujuan pelaksanaan program-program pendidikan RCB dengan kerjasama strategik bersama YPM dalam program ‘Corporate Social Responsibilities’ (CSR) RCB – YPM 2024.
Mock-up cheque ini telah diserahkan oleh YBhg. Encik Noor Hariri bin Mohd Noor, Pengerusi RCB kepada YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Pengerusi YPM dan disaksikan oleh YBrs. Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB dan YBrs. Encik Faisalludin bin Mohamat Yusuff, Ketua Pegawai Eksekutif YPM.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *