Rural Capital Berhad (RCB) dahulunya dikenali sebagai Rural Capital Sdn. Bhd. (RCSB) adalah merupakan syarikat subsidiari di bawah MARA Corporation yang telah memulakan operasi sejak 2 Januari 2013.
Ditubuhkan hasil daripada proses rasionalisasi pengurusan pembiayaan dan kawalan kredit MARA untuk menyediakan perkhidmatan pembiayaan perniagaan dan perkhidmatan pengurusan kutipan bagi semua jenis pinjaman kemudahan MARA.
Proses ini membabitkan pemindahan semua portfolio pembiayaan kepada RCB secara berperingkat yang membolehkan MARA memberi tumpuan sepenuhnya kepada agenda pembangunan keusahawanan.
Pada 9 Disember 2016, RCB telah dinaiktaraf menjadi sebuah syarikat awam sejajar dengan tanggungjawab yang akan dilaksanakan dan merupakan langkah awal ke arah penubuhan sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) yang akan dikenali sebagai Bank Luar Bandar Malaysia (BLBM).
VISI KAMI
- Untuk menjadi peneraju kepada penyediaan penyelesaian kewangan kepada komuniti Bumiputera ke arah pembinaan negara bangsa
MISI KAMI
- Meningkatkan status ekonomi dan sosial komuniti Bumiputera melalui pengurusan dan penyediaan penyelesaian kewangan yang komprehensif