BAGAN DATUK, 24 Oktober 2026 – Rural Capital Berhad (RCB) menzahirkan komitmen berterusan terhadap pemerkasaan modal insan dengan menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Program Tuisyen Pintar YPM @ KKDW hari ini.

Program yang berlangsung di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bagan Datuk ini merupakan hasil kerjasama strategik bersama Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Encik Faisalludin bin Mohd Yusuff. Program ini dirangka khusus bagi memperkukuh akses pendidikan berkualiti serta membuka peluang yang lebih luas bagi pelajar luar bandar melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Sebagai simbolik sokongan padu terhadap agenda pendidikan di Parlimen Bagan Datuk, RCB telah menyerahkan sumbangan replika cek berjumlah RM40,000. Sumbangan ini mencerminkan visi RCB dalam melahirkan generasi masa hadapan yang berilmu, berkemahiran, dan berdaya saing. Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian sijil penyertaan kepada wakil guru-guru yang terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *