SABAK BERNAM, 25 Oktober 2026 – Rural Capital Berhad (RCB) menyertai Program Mini Karnival Usahawan Desa (Mini KUD) @ Ekspo TVET KKDW 2026 menerusi pembukaan reruai bagi mempromosikan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) kepada pengunjung dan usahawan yang hadir.
Program yang berlangsung dari 23 hingga 25 Oktober 2026 di Perkarangan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor ini menjadi platform bagi RCB memperkenalkan kemudahan pembiayaan SPED serta memberikan penerangan berkaitan peluang pembiayaan kepada usahawan yang berpotensi.
Inisiatif ini turut membuka ruang kepada RCB untuk mendekati kumpulan sasar, meningkatkan kesedaran terhadap kemudahan pembiayaan yang ditawarkan serta menyokong perkembangan perniagaan usahawan desa.
Penganjuran program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Melalui penyertaan ini, RCB terus komited untuk memperluas capaian produk pembiayaan SPED dan menyokong pertumbuhan serta kelestarian perniagaan usahawan desa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *