KUALA LUMPUR, 12 Mei 2023 – Rural Capital Berhad (RCB) pada hari ini telah mengadakan satu Majlis Perasmian Pejabat Korporat dan Sambutan Hari Raya RCB bagi tahun 2023 yang bertempat di Ibu Pejabat RCB di Menara MARA, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf selaku Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Turut sama dalam majlis ini adalah Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (U), Encik Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Puan Rohayah binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (KP), Encik Mohd Diah bin Abas, Pengarah Kanan Pelaburan, Dato’ Julainie bin Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad serta Pengurusan Kanan MARA.
Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan-rakan strategik perniagaan RCB yang terdiri daripada agensi-agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), MARA, syarikat-syarikat korporat dan rakan-rakan media.
Tahun 2023 adalah merupakan ulang tahun ke-10 RCB yang telah memulakan operasinya di lokasi pejabat yang baru terletak di Menara MARA Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *