Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KiplePay Sdn Bhd dan Rural Capital Berhad (RCB)

Kuala Lumpur, 16 April 2026 – Satu langkah strategik ke arah memperkukuh ekosistem kewangan digital telah dimeterai melalui Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KiplePay Sdn Bhd dan Rural Capital Berhad (RCB) yang berlangsung di M Resort Hotel Kuala Lumpur.
Majlis ini telah disaksikan oleh YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Ketua Pengarah MARA, manakala MoU tersebut ditandatangani oleh YBrs. Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB dan YBhg. Datuk Wira Shahul Dawood, Pengarah Urusan KiplePay Sdn Bhd.
Kerjasama ini menandakan permulaan kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha membangunkan ekosistem kewangan digital yang lebih inklusif, berskala dan mampan. Melalui kolaborasi ini, KiplePay dan RCB akan meneroka peluang sinergi dalam memperluaskan akses kepada penyelesaian kewangan digital, khususnya dalam menyokong pertumbuhan usahawan serta komuniti yang kurang mendapat akses kepada perkhidmatan kewangan.
Majlis ini turut menjadi platform penting bagi kedua-dua organisasi untuk memperkukuh hubungan strategik serta menyelaras visi dalam membina ekosistem kewangan digital yang lebih dinamik, berdaya tahan dan berimpak tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *