Kuala Terengganu, 11 Jun 2024 – Telah berlangsung Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan RCB bagi Tahun Kewangan berakhir 2023 kepada MAIDAM bertempat di Bilik Mesyuarat MAIDAM, Terengganu.
Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RCB, YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim dengan sesi penyerahan mock-up cheque zakat perniagaan RCB kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Bin Adnan.
Turut hadir dalam majlis ini, Encik Nazli Amirri bin Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat) MAIDAM dan Encik Mohd Noorisham Bin Md Asari, Ketua Jabatan Pemulihan & Kawalan Kredit RCB.
Semoga dengan pembayaran zakat ini serba sedikit dapat membantu kepada pembangunan sosio-ekonomi umat Islam serta lebih banyak inisiatif untuk program-program RCB Peduli dapat diadakan pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *