Melaka, 27 Mei 2026 – Rural Capital Berhad (RCB) dengan penuh kesyukuran telah melaksanakan Program Ibadah Korban 2026 bertempat di Masjid Al-Khairiah Kg. Telok Mas, Melaka. Sebanyak dua (2) ekor lembu telah disumbangkan oleh pihak RCB sebagai tanda keprihatinan dan komitmen sosial korporat dalam menyantuni masyarakat setempat bersempena sambutan Aidiladha.
Program ini telah disertai oleh warga kerja RCB termasuk YBrs. Puan Nurfazreen Elyana binti Mohd Zailan, Ahli Lembaga Pengarah RCB bersama YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB yang turut turun padang menjayakan ibadah korban ini.
Aktiviti penyembelihan dan pengagihan daging korban telah berlangsung dengan lancar, teratur serta penuh semangat ukhuwah. Daging korban telah diagihkan kepada golongan asnaf dan penduduk sekitar yang memerlukan, di samping menyediakan juadah sup tulang daging kepada ajk korban dan orang kampung sekitar.
RCB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Masjid Al-Khairiah Kg. Telok Mas, warga kerja RCB serta semua pihak yang telah menyumbang tenaga dan masa dalam menjayakan program ini. Diharapkan program seumpama ini akan terus menjadi jambatan ukhuwah dan amal jariah yang berterusan pada masa akan datang.
