Kuala Lumpur, 13 April 2023 – Berlangsungnya Program Jalinan Kasih Ramadan RCB yang telah dimeriahkan oleh para pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Kuala Lumpur bersama kakitangan Rural Capital Berhad.
Pada petang ini, turut diadakan ceramah ringkas daripada Imam Muda Hassan dan majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Program anjuran Rural Capital Berhad (RCB) ini turut mendapat kerjasama dari pihak MARA Liner Sdn Bhd (MLSB) yang menaja bas pengangkutan para pelajar dan guru serta Yayasan Pelajaran MARA (YPM).
Turut bersama dalam program ini adalah YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah (U), Encik Razlan bin Haji Samsuri, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Puan Rohayah binti Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (KP), Encik Mohd Diah bin Abas, Pengarah Kanan Pelaburan, Dato’ Julainie bin Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad dan Pengurusan Kanan MARA.
    

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *