KUALA LUMPUR, 8 Jun 2023 โ€“ Sejumlah RM 1.05 juta pembiayaan perniagaan telah diagihkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada hari ini. Sesi penyerahan mock-up cheque pembiayaan SPED tersebut telah disempurnakan oleh YAB Datoโ€™ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepada 5 usahawan.
Sesi penyerahan tersebut telah dilaksanakan ketika pameran korporat KKDW yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur yang berlangsung pada 7 Jun sehingga 10 Jun 2023. Kesemua usahawan tersebut mengusahakan perniagaan yang mendukung industri automotif, pengurusan majlis, marin dan juga industri perdagangan.
Untuk makluman, Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) yang mensasarkan kepada usahawan luar bandar adalah satu inisiatif yang telah dianjurkan oleh KKDW dan Rural Capital Berhad (RCB) adalah sebagai salah satu agensi pelaksana yang telah dilantik sejak dari November 2022 sehingga kini. Setakat Mei 2023, sejumlah RM5,587,000.00 pembiayaan perniagaan telah diagihkan kepada 37 usahawan seluruh Malaysia. Disamping itu, RCB juga melaksanakan aktiviti pemprosesan dan pengagihan pembiayaan serta memantau kejayaan usahawan.
Turut serta di dalam sesi penyerahan mock-up cheque pembiayaan SPED ini adalah YBhg. Datoโ€™ Sri Ramlan bin Datoโ€™ Harun, Ketua Setiausaha KKDW, YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Timbalan Ketua Setiausaha (DASAR) KKDW, YBhg. Datoโ€™ Dr. Asyraf Wajdi bin Datoโ€™ Dusuki, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), YBhg. Datoโ€™ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), YBhg. Datoโ€™ Julainie bin Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation Sdn. Bhd., dan YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *