Kota Samarahan, 4 Februari – Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Hajah Rubiah binti Wang hadir bagi menyempurnakan sesi penyerahan bantuan asnaf dan bantuan wang persekolahan kepada penerima di kawasan Kota Samarahan bersempena dengan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) Kota Samarahan 2024. Pada majlis tersebut, seramai 10 orang penerima daripada keluarga asnaf menerima bantuan berjumlah RM250 bagi setiap keluarga sumbangan Rural Capital Berhad (RCB) disaksikan oleh Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB.
Turut disampaikan pada majlis tersebut ialah sumbangan bantuan wang persekolahan dari Yayasan Pelajaran MARA (YPM) kepada 17 orang anak keluarga asnaf berjumlah RM100 seorang.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan diiringi oleh Puan Ajar@Siti Hajar binti Yasin, Ahli Majlis MARA turut melancarkan Samarahan StartBiz Challenge 2024 bagi mengenalpasti usahawan-usahawan yang berkelayakkan sebagai peserta inkubator MARA Kota Samarahan yang bakal beroperasi pada tahun ini.
Program tersebut merupakan hasil kerjasama diantara Koperasi Belia Inovatif Sarawak Berhad (KOBIS), Sarawak Entreperenur Association (SEA) dan MARA. Sesi ringkas pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Encik Zaiwin bin Kassim, Pengerusi KOBIS dan Encik Nizam Khalid, Presiden SEA.
Hadir bersama pada majlis penyerahan sumbangan kepada keluarga asnaf dan bantuan wang persekolahan serta sesi pelanacaran Samarahan StartBiz Challenge 2024 ialah Encik A Razu bin Abdul Razak, Pengarah MARA Negeri Sarawak.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *