KOTA SAMARAHAN, 2 Februari 2024 – Pada hari ini, KKDW telah menyampaikan mock-up cheque kepada seorang usahawan dari Sarawak dengan jumlah kelulusan RM250k. Sesi penyerahan mock-up cheque pembiayaan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) tersebut telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepada Encik Sulaiman bin Ibrahim, pemilik kedai Bro Auto Services Sdn Bhd. Jumlah keseluruhan yang menerima Skim Pembiayaan Ekonomi SPED bagi negeri Sarawak adalah sebanyak 9 orang usahawan dengan jumlah RM1,439,000.
Sesi penyerahan tersebut telah dilaksanakan ketika Majlis Perasmian Program Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) yang bertempat di Kota Samarahan, Sarawak yang berlangsung pada 1 sehingga 4 Februari 2024. Encik Sulaiman telah mengusahakan perniagaan beliau iaitu bengkel kereta yang juga menyumbang kepada pembangunan industri automotif di negeri Sarawak.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *