Ipoh, 17 Ogos 2023,Pengerusi Persatuan Automotif Negeri Perak (En.Ismail bin Ahmad) telah menjemput
RCB untuk berkongsi maklumat berkenaan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan Program Terminal Pembayaran Digital (EDC) Usahawan MARA.
Penerangan SPED & terminal pembayaran EDC diberikan sebagai pendedahan kepada ahli-ahli persatuan sebagai suatu inisiatif RCB dalam membantu & memberikan kemudahan kepada ahli.
Seramai 30 Ahli Usahawan turut terlibat dalam program ini.