Kuala Lumpur, 7 Ogos 2023 – Telah berlangsung Program Pembangunan Penyewa MARA: Ke Arah Transaksi Tanpa Tunai di Tingkat 24, Anjung Korporat MARA yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Zulfikri bin Osman (Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA). Sebuah program kerjasama Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK) MARA dan Rural Capital Berhad (RCB).
Program ini merupakan salah satu inisiatif untuk memperkenalkan sistem MARAeps, terminal EDC Ruralpay dan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) daripada RCB kepada 190 usahawan yang hadir. Sesi taklimat ini termasuk pengenalan kepada MARAeps yang dibentangkan oleh Encik Ammaturrahman, penggunaan terminal EDC Ruralpay yang dibentangkan oleh Cik Nurul Assyifa dan pengenalan SPED yang dibentangkan oleh Puan Siti Hajar Aladin.
Turut sama hadir di program ini, Encik Zahari bin Aziz, Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK) MARA, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB dan Ahli Pengurusan MARA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *