KUALA LUMPUR, 1 Mei 2026 – Rural Capital Berhad (RCB) terus memainkan peranan aktif dalam menyokong pembangunan sosioekonomi Bumiputera melalui penglibatan dalam inisiatif Wakaf MARA MADANI (WMM), yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur sempena sambutan 60 Tahun Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Sebagai salah satu penyumbang utama, RCB komited untuk memperkukuhkan ekosistem pembiayaan inklusif melalui pendekatan wakaf yang moden, berstruktur dan berimpak tinggi.
Sehingga April 2026, dana WMM telah mencecah RM70.56 juta dan disasarkan melebihi RM100 juta menjelang akhir tahun. Momentum ini dipacu oleh penglibatan institusi termasuk RCB serta pemerkasaan akses digital melalui aplikasi Wakaf MARA MADANI.
Penglibatan RCB dalam inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam memperluas akses kewangan, menyokong pembangunan komuniti, serta menyumbang kepada agenda kesejahteraan ekonomi Bumiputera secara mampan.
RCB akan terus bekerjasama dalam memperkasakan inisiatif berimpak tinggi demi manfaat generasi akan datang.
