KUALA LUMPUR, 20 Januari 2023 – Satu sesi taklimat telah diadakan bertempat di Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur bersama rakan strategik RCB iaitu Sentinel Insurance Brokers Sdn Bhd.

Taklimat ini diadakan bagi membincangkan berkenaan tawaran produk perlindungan takaful oleh RCB kepada kakitangan dan pembiayaan MARA.

Sesi ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Halmishahril, Pengarah Bhgn. Pelaburan & Pembangunan Strategik (BPPS) dengan turut disertai oleh En Sufian, Ketua Penolong Pengarah (BPPS), Puan Nora Mazuin, Timbalan Pengarah BPPS dan En Azar, Timbalan Pengarah Bhgn. Sumber Manusia.

Delegasi RCB diketuai oleh CEO Tuan Hj. Hiruddin bin Hashim, Hj. Razali Hassan, En Amansahrin Ahmad Moghni dan En Rahman Shah serta Pengurusan Sentinel Insurance Brokers Sdn Bhd.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *