KUALA LUMPUR, 22 April 2026 – Rural Capital Berhad (RCB) terus memperkukuh komitmennya dalam pembangunan modal insan apabila tampil sebagai rakan strategik bagi Pertandingan Pidato Piala Pengerusi MARA 2026, bersempena Sambutan 60 Tahun MARA.
Program berprestij yang menghimpunkan lebih 100 penyertaan daripada Institusi Pendidikan MARA (IPMA) ini menjadi platform penting dalam mencungkil bakat serta membentuk generasi muda yang berdaya saing, berfikiran kritis dan berwibawa.
RCB diwakili oleh Encik Amansahrin bin Ahmad Moghni, Ketua Perniagaan RCB dalam majlis peluncuran program yang berlangsung di Anjung Korporat, MARA. Penglibatan ini mencerminkan peranan berterusan RCB dalam menyokong agenda pembangunan bakat serta memperkukuh ekosistem MARA secara menyeluruh.
RCB akan terus kekal komited dalam menyokong inisiatif berimpak tinggi yang memberi nilai tambah kepada pembangunan generasi masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *