Program RCB Peduli Asnaf (Sumbangan Bantuan Makanan Dan Wang Sara Hidup Untuk Keluarga Asnaf/Mualaf Dan Muslim B40)

Β 
Kuching, 19 Jun 2024 – MARA Negeri Sarawak bersama Pejabat MARA Daerah Sri Aman dan Betong telah mengadakan program MARA Prihatin – Santunan Kasih bersama Komuniti Mualaf di Kpg.Lintang, Undop, Sri Aman yang telah berlangsung selama dua (2) hari. Program MARA Prihatin yang diadakan adalah program khidmat bakti masyarakat yang melibatkan tenaga pengajar dan pelajar dari Kursus Teknologi Bangunan, GiatMARA Saratok yang telah menjalankan kerja baikpulih kecil Pusat Aktiviti Komuniti Mualaf di kampung berkenaan bersama kakitangan MARA yang lain.
20 Jun 2024 – Ybhg. Pn. Siti Ajar binti Yasin (Ahli Majlis MARA) telah mengadakan sesi walkabout dan engagement bersama kakitangan dan pelatih GIATMARA Sri Aman, yang menawarkan kursus Teknologi Kecantikan dan Solekan (SKM2) dan Teknologi Sistem Komputer (SKM3). Beliau menyatakan keyakinan bahawa kursus-kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA Sri Aman ini mampu membantu para pelatih untuk mendapatkan kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak industri dan pasaran; dan secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup pelatih dan keluarga apabila telah bergraduasi kelak.
Kemudian pada sebelah petang, majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Ybhg. Pn. Siti Ajar Bt Yasin di pusat aktiviti tersebut bersama Pengarah MARA Negeri Sarawak, En. A. Razu Bin Abdul Razak serta Pengerusi Urusetia Saudara Kita (USK) Bahagian Sri Aman, Pn. Tantiana Lee Abdullah. Majlis penutupan dilengkapkan lagi dengan Penyerahan Bantuan Makanan & Wang Sara Hidup kepada 27 keluarga mualaf B40 sumbangan Rural Capital Berhad, Bantuan Wang Persekolahan YPM kepada 12 anak pelajar dan penyerahan sumbangan daging qurban kepada keluarga mualaf yang terlibat.
Pegawai RCB yang terlibat adalah Pn. Siti Azyinie Binti Sabri dan Pn. Nur Stephanie Thomas.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *