RCB SUMBANG RM 25 RIBU KEPADA PELAJAR SEKOLAH BIMBINGAN JALINAN KASIH KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Rural Capital Berhad (RCB) telah menyumbang sebanyak RM 25 ribu kepada para pelajar Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Kuala Lumpur bersempena Program RCB Peduli Asnaf: Program Jalinan Kasih Ramadan RCB di Hotel Premiera Kuala Lumpur hari ini.
Program ini merupakan program berbuka puasa RCB bersama para pelajar dan guru Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih bertepatan dengan program Corporate Social Responsibility (CSR) yang diadakan bersempena dengan sambutan bulan Ramadan bagi tahun 2024.
Program ini turut mendapat kerjasama dari pihak MARA Liner Sdn Bhd (MLSB) yang menaja bas pengangkutan para pelajar dan guru.
RCB telah menyalurkan dana sebanyak RM 25,830.00 melalui YPM merangkumi sumbangan jamuan iftar dan baju raya kepada para pelajar asnaf yang hadir ke program ini. RCB berharap dengan sumbangan ini dapat meringankan beban dan memberi kegembiraan kepada para pelajar untuk bulan Syawal yang bakal menjelang. Serahan sumbangan ini telah
disempurnakan oleh YBhg. Encik Noor Hariri bin Mohamed Noor, Pengerusi RCB.
Turut serta di dalam program ini adalah Encik Yahaya bin Sani, Pengarah Kanan Pelaburan MARA, YBhg. Encik Mohamad Rafi Khan bin Shahzada, Pengerusi Kumpulan MARA Corporation, YBhg. Dato’ Julainie bin Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB, ahli pengurusan MARA, pengurusan Kumpulan MARA Corporation, Ahli-ahli Lembaga Pengarah RCB dan semua kakitangan RCB beserta para media jemputan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *