Putrajaya, 2 Mac 2024 – Sebanyak RM10 juta telah disalurkan dalam bentuk pembiayaan daripada Rural Capital Berhad (RCB) kepada usahawan kontraktor GIATMARA yang berjaya mendapatkan projek bina rumah di bawah PPRT. Skim pembiayaan ini adalah merupakan produk terbaharu daripada RCB dengan jalinan usahasama bersama GIATMARA iaitu Skim Pembiayaan Kontrak Pembekalan dan Perkhidmatan (SKOPP) di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
YBhg. Tuan Noor Hariri bin Mohamed Noor, Pengerusi RCB telah menyerahkan mock-up simbolik kerjasama SKOPP kepada YBhg. Datuk Musa bin Haji Sheikh Fadzir, Pengerusi GIATMARA bagi memenuhi agenda utama kolaborasi RCB dan GIATMARA dalam produk SKOPP. Sesi penyerahan ini turut disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ketika sesi walkabout beliau ke reruai RCB dalam Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang berlangsung pada 2 Mac 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Turut sama hadir, YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Pengerusi MARA, YBhg. Dato’ Julainie bin Mohd Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad (RCB), YBhg. Ts. Ahmad Hamdi bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, ahli pengurusan RCB dan GIATMARA serta para media.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *