BATANG KALI, 22 Mac 2024 – Rural Capital Berhad (RCB) telah menyumbang hampir RM 13,000.00 kepada masyarakat orang asli bersempena dengan Program RCB Peduli Asnaf bersama masyarakat orang asli di Kampung Hulu Tamu, Batang Kali dalam bulan Ramadan hari ini.
Program ini julung kali diadakan bersempena dengan sambutan bulan Ramadan untuk tahun 2024 dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YBFM). Program Corporate Social Responsibility (CSR) ini dilaksanakan dengan pengisian program-program seperti aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk, edaran bubur lambuk kepada penduduk kampung, majlis iftar bersama masyarakat orang asli dan serahan sumbangan kepada asnaf yang memerlukan.
RCB telah menyumbang sebanyak RM 16,400.00 merangkumi sumbangan jamuan iftar, bubur lambuk, sumbangan Rural Capital kindness Basket kepada penduduk asnaf dan keperluan lain untuk meringankan beban dan memberi kegembiraan mereka sepanjang bulan Ramadan dan Syawal. Serahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif RCB.
Turut serta di dalam program ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif YBFM, Encik Johan bin Halid, Ahli Pengurusan RCB, kakitangan RCB dan sukarelawan YBFM.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *