Ahad, 13 November 2022 | Telah berlangsung Program RCB Prihatin @ Padang Terap bertempat di Masjid Kampung Keranji, Telaga Mas.
Program ini dijalankan dengan kerjasama penduduk setempat, Rural Capital Berhad & Yayasan Pelajaran MARA. Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong-royong membersihkan kawasan masjid dan ziarah asnaf.
RCB turut menyampaikan sumbangan kepada 30 orang asnaf dan sumbangan kepada masjid bagi pembangunan asnaf kawasan tersebut.