Kuala Terengganu, 4 Jun 2024 – Telah berlangsung Program MARA Jelajah Luar Bandar & Libat Urus Bersama Kaunselor Negeri Terengganu bertempat di SMK Megat Panji Alam yang telah dirasmikan oleh YBrs. En. Abdul Wahab bin Mustaffa, Pengarah MARA Negeri Terengganu.
Program melibatkan pelajar tingkatan empat dan lima daripada 21 buah Sekolah sekitar Kuala Terengganu dan kaunselor bagi setiap sekolah, KKTM Kemaman dan IKM Besut.
Dibawah inisiatif Program RCB Peduli Pendidikan, RCB turut menyumbang wang saku dan Takaful Skim Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok kepada 20 orang pelajar asnaf.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *