Kuala Lumpur, 3 Ogos 2023 – Telah berlangsung Majlis Penyerahan mock-up cheque (WARak) RCB kepada Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di Pejabat Yayasan Pelajaran MARA, Menara MARA hari ini.
Mesyuarat Majlis MARA ke-537 telah meluluskan penubuhan WARak dengan melantik Yayasan Pelajaran MARA (YPM) sebagai pentadbir dan pengurus wakaf pada 24 Januari 2022. YPM juga telah menerima kelulusan sebagai Mutawalli (Pentadbiran) wakaf daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 15 Ogos 2022.
Mock-up cheque ini telah diserahkan oleh YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad (RCB) kepada YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dan disaksikan oleh YBrs. Encik Mohd Diah Bin Abas, Pengarah Kanan Pelaburan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *