20 Mac 2023, Subang Jaya – Program Business Matching Usahawan Automotif GIATMARA bertempat di Proton Centre of Excellence(COE) Subang Jaya, Selangor telah berlangsung pagi tadi.
Program yang dirancang menjadi platform kepada usahawan-usahawan automotif untuk bertemu dengan ‘potential client’ dalam meluaskan lagi perniagaan.
Rural Capital Bhd berkongsi perkhidmatan yang ditawarkan seperti Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan pelbagai tawaran menarik diperkenalkan khas untuk usahawan GIATMARA.
Kunjungan RCB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Tuan Haji Hiruddin Hashim. Seramai 25 syarikat berasaskan automotif telah mendapat manfaat dalam sesi ini. Menurut perkongsian YBrs. En. Mohammad Sadzilan Bin Mohd Saad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA( Sumber Manusia & Strategi), 4 usahawan yang hadir pada majlis hari ini terdiri daripada usahawan berstatus jutawan!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *