Kuala Lumpur, 25 Ogos 2023 – Berlangsungnya sesi pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan yang ke-66 yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad (RCB), Tuan Haji Hiruddin bin Hashim. Sesi sambutan ini dijalankan dengan sesi bacaan Yasin, nyanyian Lagu Jalur Gemilang dan tontonan video puisi kemerdekaan oleh kakitangan RCB.
Sesi pelancaran Sambutan Kemerdekaan ini telah dianjurkan oleh kerjasama antara Unit Komunikasi Korporat (UKOM) dan Kelab Rekreasi dan Kebajikan Rural Capital (KRKRC) di ruang tengah Pejabat Korporat RCB.
Turut serta dalam sesi pelancaran ini adalah semua Ahli Pengurusan Tertinggi RCB, Ahli Pengurusan RCB dan semua kakitangan Ibu Pejabat RCB.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *