Bagan Datuk, 2 Disember 2023 –Telah berlangsungnya Majlis Perasmian Penutupan Kem Wira & Tuisyen Pintar YPM @ KKDW 2023 yang telah dianjurkan oleh hasil kerjasama Yayasan Pelajaran Malaysia (YPM) dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bertempat di Dewan Masjid Tuminah Hamidi, Bagan Datuk, Perak.
Rural Capital Berhad (RCB) turut terlibat sebagai salah satu penyumbang dana sebanyak RM 37,000.00 bagi menjayakan program Kem Wira & Tuisyen Pintar YPM@KKDW 2023. Pihak YPM amat berbesar hati dan berterima kasih kepada RCB di atas sumbangan yang diberikan untuk program ini.
Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Faisalludin bin Mohamat Yusuff, Ketua Pegawai Eksekutif YPM.
Turut hadir dalam majlis ini, YBrs. Datuk Haji Khairudin bin Haji Tarmizi, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YBrs. Encik Rizal Effendi bin Razali, Pengarah MARA Negeri Perak, YBrs. Encik Mohd Amran bin Mohd Ariff, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif YPM, YBrs. Tuan Haji Mat Zailani bin Haji Mat Nawawi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pentadbiran & Kewangan YPM, YBrs. Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad (RCB), YBrs. Tuan Haji Osman bin Haji Hamzah, Setiausaha Kelab Sillaturrahim Bagan Datuk, YBrs. Puan Kasmiyati binti Katiman, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Bagan Datuk, pegawai-pegawai PPD, guru-guru dan para pelajar MRSM Bagan Datuk.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *