Kuala Lumpur, 20 Disember 2024 – Rural Capital Berhad (RCB) telah mengadakan Majlis Penutupan Jom Sihat RCB dengan penglibatan semua kakitangan termasuk semua kakitangan cawangan di seluruh negeri melalui atas talian hari ini.
Program Jom Sihat RCB adalah merupakan program yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi & Kebajikan RCB (KRKRC) bermula pada bulan Oktober sehingga Disember 2024. Program ini adalah bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan dan komuniti di samping memberi fokus kepada aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan kesihatan fizikal dan mental secara menyeluruh. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah Ceramah Amalan Gaya Hidup Sihat dan Saringan Kesihatan Percuma, RCB Hiking, RCB Virtual Run & Walk dan RCB Weight Loss Challenge. Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Noor Hariri bin Mohd Noor, Pengerusi RCB.
Tahniah kepada para pemenang yang berjaya mencapai matlamat kesihatan dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan! Semoga dengan kemenangan ini menjadi pemangkin untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat dalam rutin seharian. Turut diadakan sesi Bacaan Yasin Perdana yang disertai oleh semua kakitangan bagi penutup tahun 2024.