Melaka, 21 Disember 2024 – Program MIHF ‘24 telah berlangsung selama tiga (3) hari bermula dari 20 hingga 22 Disember 2024. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh bertempat di MITC, Melaka.

RCB bersama-sama pihak Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengambil peluang dalam mempromosikan produk Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan produk Perlindungan Takaful kepada kepada usahawan-usahawan yang terlibat dan pengunjung-pengunjung yang hadir.

Tuan Haji Hiruddin bin Hashim (Ketua Pegawai Eksekutif RCB) turut hadir dalam program ini bersama delegasi Ibu Pejabat RCB, Cawangan RCB Negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *