Kuala Lumpur, 18 April 2025 – Sesi Penyampaian Hadiah oleh Tuan Haji Hiruddin Bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, Rural Capital Berhad (RCB), Puan Mahizan binti Mohamed Amin, Timbalan Pengarah Bahagian Kewangan MARA, Encik Mohamad Arif Fahmi bin Abdul Ghani, Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Kredit MARA dan Encik Amansahrin bin Ahmad Moghni, Ketua Bahagian Operasi Sokongan Perniagaan. Turut serta, Encik Muhamad Asri bin Hasbullah, Akauntan Bahagian Kewangan MARA dan Pengurusan Tertinggi RCB serta para pemenang dari seluruh Malaysia.
Kempen ini telah dianjurkan hasil jalinan kerjasama di antara MARA dan RCB, ke arah menggalakkan peminjam dan penyewa premis untuk menggunakan platform MARAeps dalam membuat bayaran pinjaman pendidikan, perniagaan atau sewaan premis dengan lebih mudah, selamat, dan efisien. Selain memupuk budaya bertanggungjawab dalam pengurusan kewangan, kempen ini juga bertujuan menghargai komitmen para peminjam yang membuat bayaran secara konsisten melalui MARAeps.
Sepanjang tempoh kempen berlangsung, sambutan yang diterima amat memberangsangkan dengan penyertaan dari pelbagai peringkat peminjam. Ini membuktikan bahawa kesedaran dan keprihatinan terhadap tanggungjawab membayar balik pinjaman semakin meningkat.
Hadiah-hadiah menarik yang telah dibawa pulang oleh para pemenang adalah Play Station 5, Apple IPad, Redmi Note 14 Pro, TV 43 inci dan pelbagai lagi hadiah-hadiah yang menarik.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang dab teruskan setia menyokong MARAeps!!!.