Melaka, 5 Disember 2022 – Telah berlangsung Program 3 hari 2 malam bersama pelajar asnaf tingkatan 4 hasil kerjasama antara MARA Negeri Melaka dan Rural Capital Berhad Cawangan Negeri Melaka di Hotel MITC, Melaka.
Objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan jalinan kerjasama antara pihak MARA dan RCB. Selain itu program ini dapat memberi fokus kelada pembangunan sahsiah, kepimpinan, kecemerlangan dan kerohanian pelajar asnaf.
Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Pendidikan Daerah Melaka Tengah (PPD) iaitu En. Mohd Yusri Bin Seman & Cik Noora Binti Abu Bakar iaitu Timbalan Pengarah PPD semasa majlis penutup pada 7 Disember 2022.