Kuala Lumpur, 28 April 2026 โ€“ Ketua Pegawai Eksekutif Rural Capital Berhad (RCB), Tuan Haji Hiruddin bin Hashim, telah menyempurnakan penyerahan simbolik jute bag kepada Ketua Pengarah MARA, YBhg. Datoโ€™ Zulfikri bin Osman bersempena Sambutan 60 Tahun MARA.
Sebagai sebahagian daripada sokongan terhadap penganjuran program ini, RCB telah menaja sebanyak 1,000 unit jute bag untuk kegunaan sepanjang sambutan, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong inisiatif di bawah ekosistem MARA.
Sumbangan ini turut memperkukuh hubungan strategik antara RCB dan MARA, di samping menzahirkan keprihatinan terhadap amalan kelestarian melalui penggunaan bahan mesra alam, selaras dengan prinsip tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *