Selasa, 22 September 2026 : Kunjungan Hormat dan Sesi Libat Urus antara Rural Capital Berhad (RCB) dan FELCRA Berhad yang bertempat di Wisma FELCRA Berhad.
RCB telah diwakili oleh Pengerusi RCB, YBhg. Datuk Noor Hariri bin Mohamed Noor, Ketua Pegawai Operasi (COO), Encik Abdul Rahman bin Ishak, serta wakil daripada Unit Pemasaran (UPM), Unit Takaful (UTK) dan Unit Pembiayaan (UPN).
Manakala pihak FELCRA Berhad telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, YBhg. Dato’ Mohamed Ismi bin Abdul Majid, bersama barisan pengurusan FELCRA Berhad.
Sesi libat urus ini diadakan sebagai platform untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan RCB kepada pihak FELCRA Berhad, di samping meneroka peluang untuk RCB menawarkan perkhidmatan serta membentuk kerjasama strategik yang dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua organisasi.
RCB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak FELCRA Berhad atas kesudian menerima kunjungan dan meluangkan masa dalam sesi perbincangan ini. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin dapat diperkukuhkan serta membuka lebih banyak ruang kolaborasi pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *