Klang, 10 Mac 2024 – Rural Capital Berhad (RCB) telah menyampaikan sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Al-Mahabbah sebanyak RM10,000.00 bertempat di Sekolah Rendah Islam Integrasi Miftahul Hikmah, Bandar Bukit Raja, Klang.
Sumbangan ini adalah bertujuan untuk membantu 100 orang anak yatim yang memerlukan bantuan persekolahan. Sesi penyampaian sumbangan ini disaksikan oleh YBhg. Dato’ Afandi bin Nordin, Ahli Lembaga Pengarah RCB. Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu para murid mempelajari ilmu-ilmu di sekolah dengan lebih tekun dan rajin demi mencapai cita-cita yang diidami.
Turut menghadiri Majlis sumbangan ini, Encik Mohd Johari Idham Amiruddin, Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat RCB dan Encik Al-Rabani Hakim bin Mokhtar, Ketua Unit Komunikasi Korporat RCB.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *