Rural Capital Berhad telah menganjurkan Program RCB Compass 2026, yang berfungsi sebagai platform komunikasi secara langsung antara barisan pengurusan dan seluruh warga kerja termasuk cawangan negeri.
Program ini menjadi ruang perkongsian hala tuju, penyampaian amanat serta pengukuhan semangat kebersamaan dalam kalangan warga RCB bagi menghadapi cabaran dan peluang pada tahun semasa.
Majlis turut diisi dengan sesi amanat daripada barisan pengurusan tertinggi serta perkongsian berkaitan perancangan strategik syarikat dalam usaha memperkukuh prestasi dan memastikan kesinambungan kecemerlangan organisasi.
Semoga program ini terus menjadi pemangkin kepada semangat kerjasama, komitmen dan kecemerlangan warga kerja RCB dalam mencapai matlamat bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *