Kuala Lumpur, 22 September 2026 – Rural Capital Berhad (RCB) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah MARA, YBhg. Dato’ Seri Zulfikri bin Osman sempena persaraan beliau sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, sumbangan dan kepimpinan cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang menerajui Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Delegasi RCB yang diketuai oleh Pengerusi RCB, YBhg. Datuk Noor Hariri bin Mohamed Noor bersama Ketua Pegawai Operasi (COO) RCB, En. Abdul Rahman Bin Ishak dan Ketua Korporat RCB, Pn. Zurai binti Abd Razak telah hadir bagi menyampaikan ucapan penghargaan serta penghormatan kepada Ketua Pengarah MARA atas komitmen dan dedikasi beliau dalam memperkasakan ekosistem MARA serta menyokong pembangunan anak-anak syarikat MARA Corporation, termasuk RCB.
Pengerusi RCB dalam ucapannya menyatakan bahawa kepimpinan YBhg. Dato’ Seri Zulfikri bin Osman telah memainkan peranan penting dalam memacu kecemerlangan organisasi serta memperkukuhkan hubungan strategik antara MARA dan RCB demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada pelanggan dan masyarakat.
Menurut beliau, jasa dan sumbangan yang ditinggalkan akan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja RCB untuk meneruskan agenda pembangunan organisasi dengan penuh integriti, profesionalisme dan komitmen.
Seluruh warga Rural Capital Berhad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Pengarah MARA atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan serta mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan dan kejayaan dalam kehidupan selepas persaraan.
“Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung. Selamat Bersara dan Terima Kasih.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *