eseri, 25 Julai 2026– Rural Capital Berhad (RCB) telah menyertai Program Konvoi MAIPs Peduli Bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis yang berlangsung di Masjid Jamek Beseri, Perlis sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat dalam memperkukuh agenda tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta memperluaskan jaringan kerjasama strategik bersama agensi-agensi di bawah MARA dan rakan strategik lain.
Program anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ini menghimpunkan pelbagai agensi termasuk Persatuan Alumni MRSM Beseri (ANSERI), Persatuan Kaunseling & Psikologi MARA (PEKAMARA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Usahawan MARA serta RCB dalam usaha menyantuni komuniti melalui pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.
Majlis turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis, bersama Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.
Program turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah MARA (Keusahawanan), YBhg. Ir. Mahzan bin Teh, Pengurusan MARA, YBrs. Puan Siti Sokhleha binti Nordin, Ahli Lembaga Pengarah RCB, YBrs. Encik Abdul Rahman bin Ishak, Ketua Pegawai Operasi RCB, subsidiari MARA, agensi-agensi serta delegasi pegawai RCB.
Sepanjang program, pelbagai inisiatif kebajikan telah dilaksanakan termasuk penyampaian sumbangan MAIPs Peduli kepada kariah Masjid Jamek Beseri, pelepasan Konvoi MAIPs Peduli, ziarah ke rumah-rumah asnaf serta kunjungan ke premis Usahawan MARA bagi menyantuni golongan yang memerlukan dan memperkukuhkan hubungan dengan komuniti setempat.
Penyertaan RCB dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyokong usaha kebajikan masyarakat, memupuk budaya kesukarelawanan dalam kalangan warga kerja serta memperkukuhkan hubungan strategik bersama agensi-agensi MARA dan rakan kolaborasi demi memberi impak positif kepada komuniti.
