25 Disember 2022, Klang – Rural Capital Berhad (RCB) memberikan sumbangan zakat berjumlah RM 12,000 kepada Masjid Al-Falah Kampung Idaman, Pelabuhan Klang bagi membantu meringankan beban golongan asnaf dalam kalangan anak kariah masjid.
Replika cek tersebut diserahkan Dato’ Afandi bin Nordin, Ahli Lembaga Pengarah RCB kepada Pengerusi Ahli Jawatankuasa masjid berkenaan di sini hari ini.
Somoga program-program berbentuk agihan zakat ini dapat membantu menyantuni golongan asnaf dan memberi nilai tambah kepada RCB sebagai sebuah organisasi yang cakna dan prihatin terhadap nasib rakyat yang mengalami kesempitan hidup dan kesusahan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *