KUALA LUMPUR, 21 April 2026 – Rural Capital Berhad (RCB) dinobatkan sebagai Champion (Non-Motor Business, Central Region) serta menerima Certificate of Excellence pada majlis GAAD 2026 anjuran Etiqa.
Anugerah berprestij tersebut telah diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif RCB, Haji Hiruddin bin Hashim yang mewakili organisasi dalam satu detik penuh bermakna di hadapan pemain industri dan rakan strategik.
Pencapaian ini mencerminkan prestasi cemerlang RCB sepanjang tahun, didorong oleh strategi perniagaan yang mampan, kepercayaan pelanggan yang berterusan serta komitmen tinggi pasukan dalam menyampaikan perkhidmatan berkualiti.
Kejayaan ini akan menjadi pemangkin untuk RCB terus memperkukuh daya saing serta memperluaskan impak dalam sektor takaful dan perkhidmatan kewangan.
RCB akan terus mengekalkan momentum kecemerlangan serta meneroka peluang baharu bagi memberikan nilai tambah kepada pelanggan dan rakan kerjasama pada masa hadapan.
