PULAU PINANG, 13 Mac 2023 – Satu sesi taklimat telah diadakan bertempat di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) , Pulau Pinang bersama rakan strategik RCB iaitu Sentinel Insurance Brokers Sdn Bhd.
Taklimat ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai tawaran produk perlindungan takaful oleh RCB kepada kakitangan KITAB.
Wakil dari pihak KITAB yang hadir ke taklimat takaful ini ialah En. Mohammad Rashdan Sulhi Bin Mohd Latzfi, Pendaftar (KITAB) dengan turut disertai oleh En. Sab’oun Masani Bin Zaini ( Eksekutif Unit Sumber Manusia).
Turut sama dalam sesi taklimat ini ialah En Rahman Shah Bin Mohamad Ibrahim ( Head Of Retail Business), En. Mohd Rizal Bin Husin serta wakil Sentinel Insurance Brokers Sdn Bhd ,M. Rasidi Mustapha (General Manager. Broking)