𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧 𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗥𝗖𝗕 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 (𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗥𝗔𝗡) 𝗠𝗔𝗥𝗔

Kuala Lumpur, 2 Oktober 2026 – Rural Capital Berhad (RCB) telah menerima kunjungan delegasi daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang diketuai oleh YBrs. Puan Lailatul Asmah binti Mohd Tahir, Pengarah Kanan (Pelaburan) MARA, dalam satu sesi libat urus yang berlangsung di The Council RCB, Menara MARA, Kuala Lumpur.
Delegasi MARA turut disertai oleh YBrs. Encik Abdul Wahab bin Mustaffa, Pengarah Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Subsidiari (BPPS) MARA, serta wakil BPPS MARA.
Sesi ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Abdul Rahman bin Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif (Interim) RCB, bersama barisan pengurusan dan ketua-ketua unit RCB.
Sesi libat urus ini menjadi platform untuk memperkenalkan dengan lebih dekat peranan, fungsi, perkhidmatan serta hala tuju RCB, di samping membuka ruang kepada perkongsian pandangan dan perbincangan strategik berkaitan perkembangan perniagaan serta potensi kerjasama dalam ekosistem MARA.
Delegasi MARA turut berkesempatan mengadakan lawatan ke pejabat RCB di Tingkat 13 dan 14, Menara MARA, bagi melihat dengan lebih dekat persekitaran operasi dan warga kerja RCB.
RCB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBrs. Puan Lailatul Asmah binti Mohd Tahir, YBrs. Encik Abdul Wahab bin Mustaffa serta seluruh delegasi MARA atas kesudian hadir dan berkongsi pandangan.
Semoga sesi ini terus memperkukuh sinergi dan hubungan strategik antara RCB dan MARA demi merealisasikan aspirasi serta hala tuju bersama pada masa hadapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *