Shah Alam, 7 Oktober 2026 – Rural Capital Berhad (RCB) telah menunaikan tanggungjawab zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2025 dengan jumlah bayaran sebanyak RM1,510,422.00 kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dalam satu Majlis Serahan Zakat Perniagaan yang berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Serahan zakat tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Rural Capital Berhad, YBhg. Datuk Noor Hariri bin Mohamed Noor bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corporation, YBrs. Tuan Haji Yahaya bin Sani dan Ketua Pegawai Eksekutif Interim Rural Capital Berhad, En. Abdul Rahman Bin Ishak sebagai simbol komitmen berterusan syarikat dalam menunaikan tanggungjawab zakat serta menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi ummah melalui institusi zakat.
Sebagai sebuah syarikat berkaitan MARA yang berteraskan nilai integriti, amanah dan tanggungjawab sosial, Rural Capital Berhad akan terus komited menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat melalui pematuhan kewajipan zakat serta pelaksanaan inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti dan negara.
Majlis ini turut menjadi simbol komitmen berterusan syarikat dalam mengimbangi kejayaan perniagaan dengan tanggungjawab kepada masyarakat selaras dengan prinsip kemampanan dan tadbir urus korporat yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *