4 Mac 2023 – Sempena Sambutan Ulang Tahun MARA ke-57, MARA Corporation (MARA Corp.) dengan kerjasama Rural Capital Berhad (RCB) telah menganjurkan Kejohanan Badminton Kumpulan MARA Corporation bertempat di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN) Cawangan Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Kejohanan Badminton ini merupakan kejohanan kali pertama yang diadakan dengan penglibatan sebanyak 12 syarikat di bawah Kumpulan MARA Corp.
Tidak ketinggalan, RCB juga telah menghantar satu pasukan badminton bagi memberikan saingan sihat kepada peserta dari syarikat lain di bawah Kumpulan MARA Corp.
Antara objektif penganjuran Kejohanan Badminton ini adalah untuk meningkatkan ukhwah dan semangat kerjasama berpasukan dalam setiap perkara terutama dalam kalangan warga kerja di bawah Kumpulan MARA Corp.
Tahniah diucapkan kepada setiap pemenang!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *