𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐂𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐀𝐬𝐥𝐢 (𝐏𝐁𝐑𝐎𝐀) 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐒𝐤𝐢𝐦 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐧𝐭𝐫𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 (𝐒𝐊𝐎𝐏𝐏)

Satu mesyuarat pembentangan cadangan kerjasama strategik telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan Projek Bantuan Rumah Orang Asli (PBROA) melalui Skim Pembiayaan Kontrak Perkhidmatan dan Pembekalan (SKOPP) oleh Rural Capital Berhad.
Pembentangan ini bertujuan memperincikan mekanisme pembiayaan, kaedah pelaksanaan projek serta potensi kerjasama dalam mempercepat penyediaan rumah yang lebih selesa dan selamat kepada masyarakat Orang Asli.
Inisiatif ini diharap dapat memperkukuh sinergi strategik antara agensi pelaksana dan pihak pembiaya dalam memastikan agenda kesejahteraan komuniti Orang Asli dapat direalisasikan secara lebih mampan dan berimpak tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *