Seremban, 5 Mac 2023 – Program Peace Of Mind 5.0 telah diadakan di Seremban Plaza dengan anjuran Bahagian Kawalan Kredit MARA. Program ini berlangsung selama dua (2) hari bermula 5 Mac 2023 dan berakhir 6 Mac 2023.
Program ini merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelanggan MARA untuk berbincang berkaitan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA, Pembiayaan Perniagaan MARA dan juga sewa premis MARA.
Turut sama dalam program ini ialah Unit Kawalan Kredit MARA Negeri Sembilan dan Rural Capital Berhad.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *