Unit Pembiayaan RCB telah menganjurkan satu siri taklimat bagi pembiayaan SPED yang ditawarkan syarikat kepada usahawan-usahawan di Kuching, Sarawak. Taklimat ini diadakan bertempat di MRSM Kuching dan dihadiri oleh seramai 30 orang usahawan di sekitar bandar Kuching.
Taklimat telah disampaikan oleh Puan Siti Hajar binti Aladin, Ketua Unit Pembiayaan RCB.
Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi maklumat mengenai pembiayaan SPED yang ditawarkan dan memberi bimbingan kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk memohon skim ini. Sesi taklimat ini adalah kali 3 diadakan selepas Tanjung Karang dan Tawau, Sabah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *